Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Hari ini kami akan kongsikan resepi tauhu sumbat dan kuah kacang kepada
anda semua... Jom salin resepi ini...~
Bahan yang diperlukan
Bahan
4 keping tauhu
100
gram timun-dihiris
jejari
100 gram lobak merah-dihiris jejari
25 gram sengkuang
Kuah Kacang
200
gram kacang tanah
15
gram cili kering
5
gram belacan
5 gram bawang putih
125
ml santan
30
ml air asam jawa
125
ml air
5
gram garam
30
ml minyak masak
Prosedur Memasak:
1. Basuh tauhu dengan
air dan toskan.
2. Tauhu digoreng terendam hingga kekuningan.
Setelah masak, angkat, tos dan sejukkan seketika.
3. Potong tauhu secara
menyerong (segitiga). Belah ditengah-tengah tauhu untuk memasukkan sayuran.
4. Masukkan timun, lobak
merah yang telah dihiris bersama tauge. Sumbat hingga padat.
Kuah Kacang
1.
Goreng kacang tanah sehingga garing tanpa menggunakan
minyak.
2.
Setelah garing, biarkan
sejuk untuk memudahkan proses mengupas kulit kacang tersebut.
3.
Tumiskan bahan-bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih,cili
dan belacan)
4.
sehingga garing.
5.
Kemudian masukkan kacang dan sedikit air asam jawa. Kacau
sehingga sebati.
6.
Kemudian masukkan santan dan masak menggunakan api yang
pelahan sehingga pekat dan perasakan dengan gula dan garam.
7.
Masak sehingga kuah kacang terbit minyak dari santan tadi,
pastikan kuah kacang sentiasa di kacau.
Selamat mencuba
resepi ini ye....~
-Hawari, Rubi &
Zainor-