Saturday 13 October 2012

....PRINSIP DAN KAEDAH MEMASAK....


Kita semua pernah memasak kan... Tapi tahu tak apa prinsip dan kaedah memasak....?? Nak tahu....?? .....Jom baca.....

PRINSIP MEMASAK

Prinsip memasak ialah penyediaan makanan dengan kaedah memasak yang sesuai. Kesan haba terhadap makanan melalui kaedah memasak yag berbeza dapat memperbaiki rupa, warna, tekstur, rasa dan meminimumkan kehilangan nutrien dalam makanan.

TUJUAN MEMASAK


Tujuan makanan dimasak adalah supaya makanan itu selamat dimakan, memudahkan pencernaan, membaiki rupa dan tekstur makanan, lebih menarik dan menyelerakan , mempelbagaikan masakan dan menambah perisa makanan.

Kaedah memasak terbahagi kepada 2 iaitu......


HABA KERING

1.       Kaedah Menggoreng
      Menggoreng ialah kaedah memasak makanan dalam minyak atau lemak yang telah dipanaskan.Terdapat tiga cara menggoreng, iaitu menggoreng kering, menggoreng tohor, dan menggoreng dalam minyak penuh.

2.     Kaedah Menggril

 
Menggril ialah kaedah memasak makanan dengan menggunakan api terbuka yang terhasil daripada 
 bara api atau gril dapur atau elektrik. Contoh makanan yang digril ialag daging ayam, makanan laut, 
 cendawan dan lembu.

3.     Kaedah Membakar

Membakar ialah kaedah memasak makanan dengan menggunakan pancaran dalam ketuhar seperti kek, 
pastri dan biskut.

4.     Kaedah Memanggang

Kaedah memanggang ialah memasak makanan menggunakan haba kering, nyalaan api terbuka atau 
ketuhar. Contoh makanan yang dipanggang ialah ayam, daging, dan jagung.

HABA BASAH

1.       Kaedah Mengukus

Mengukus ialah kaedah memasak menggunakan wap daripada air mendidih. Mengukus Mengukus Secara 
Tidak Langsung Mengukus Secara Langsung.

2.     Kaedah Merebus

Merebus ialah kaedah memasak makanan di dalam air mendidih (100 ْ C) dan dibiarkan masak sehingga 
lembut .

3.     Kaedah Mereneh
Mereneh ialah kaedah memasak dengan air mendidih menggunakan api perlahan dan makanan dimasak 
dalam tempoh yang lama.

4.     Kaedah Merendidih
Merendidih ialah kaedah memasak secara perlahan dengan menggunakan api sederhana dalam periuk 
bertutup rapat.

5.     Kaedah Mencelur
Mencelur ialah kaedah memasukkan makanan ke dalam air mendidih dengan tujuan melembutkan 
makanan itu.





No comments:

Post a Comment