Wednesday, 21 November 2012

...BUAH DURIAN...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Entri yang lepas saya ada cerita sikit pasal durian kan... Hari ini saya akan kongsikan info yang saya dapat melalui carian di tenet internet... Jom baca...~

Durian ialah spesies beberapa jenis tumbuhan dalam genus durio yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di asia tenggara di mana ia digelar "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Dari duri itulah ia mendapat namanya. Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies...

Durian ialah buah tropikal yang berasal dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia, tetapi telah dikenali di dunia barat sekitar 600 tahun. Buah ini boleh dimakan walaupun belum betul-betul masak, dan digunakan sebagai perisa kepada pelbagai jenis makanan berperisa dan manis dalam masakan asia tenggara. Bijinya juga boleh dimakan jika dimasak...

Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak; manakala yang lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan. Baunya menarik reaksi daripada penikmatan mendalam kepada amat jijik, dan telah diperikan serupa dengan bau badam, bawang busuk, turpentin dan stokin gim. Bau ini telah menyebabkan larangan buah ini daripada sesetengah hotel dan pengangkutan awam di asia tenggara...

Terdapat lebih 30 jenis spesies durio yang diiktiraf, sekurang-kurangnya sembilan daripadanya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Durio zibethinus merupakan satu-satunya spesies yang boleh diperolehi di pasaran antarabangsa: spesies lain hanya dijual untuk pasaran tempatan. Bagaimanapun terdapat ratusan kultivar durian; banyak pelanggan sukakan kultivar tertentu, yang membuatkan harganya berbeza-beza di pasaran...

Kegunaan buah durian
  1. Buah durian dapat diolah menjadi berbagai jenis makanan seperti dodol, bubur kacang, lempuk dan macam-macam lagi.
  2. Di samping buahnya, biji durian juga boleh dimakan dengan di bakar atau di rebus, boleh juga dijadikan kerepek.
  3. Kulit durian juga boleh digunakan sebagai alat penghalau nyamuk, boleh di letakkan di sudut ruangan.
Pemilihan durian
Pemilihan durian di ladang adalah mudah. Buah dari pohon yang sama secara umumnya mempunyai ciri-ciri yang serupa. Lazimnya buah di ladang masak dan jatuh dari pokok, jadi kemasakan buah bukanlah sesuatu pekara yang dibimbangkan.
Pemilihan buah dari luar satu ladang adalah lebih rumit. Berikut adalah sebahagian daripada kaedah pemilihan asas digunakan :
1.   Lazimnya kesegaran dari satu buah boleh dipastikan dari tangkainya. Perhatikan hujung tangkai durian. Apabila hujung tangkai terlihat seperti torehan pisau, bererti kemungkinan besar durian dipetik pada sebelum matang. Juga jika tangkainya sudah kecut berkemungkinan durian tersebut sudah lama gugur. Pekedai yang tidak bermoral akan cuba untuk membalut atau mengecat tangkai untuk menghalang pengesanan mudah. Pekedai yang kurang pintar mungkin juga membuang tangkai durian.

2.   Kebanyakan peminat menggemari buah durian yang isinya kering dan matang. Satu jalan mudah untuk mengetahui samaada isi kering tanpa membuka buah adalah dengan menggoncangkan buah dan mengesan getaran kecil. Isi durian yang lembap melekat pada kulit buah. Isi durian yang kering cenderung untuk berpisah dari dinding buah. Seseorang mestilah berhati-hati agar tidak tercedera oleh duri buah durian ketika melakukan perkara ini.

3.     Durian mungkin diserang oleh perosak yang bertelur di dalam buah yang berkembang menjadi larva seperti ulat. Amat penting ketika membeli buah durian untuk mengelakkan membeli buah yang mempunyai sebarang lubang pada kulitnyanya kerana ini sering kali menunjukkan kemasukan "ulat" ke dalam buah.

4.     Durian yang baik biasanya baunya tercium tajam jika kita menciumnya di kulit durian, Namun perlu hati-hati karena ada beberapa penjual durian yang sengaja menyiramkan air bekas durian di permukaan durian.

5.     Pilihlah durian yang durinya jarang dan agak besar.


Tip mengelakkan badan panas selepas makan durian

      1.      Letak air di bahagian lekukan durian.
2.      Minum air tersebut.

Tips menghilangkan bau durian di tangan setelah memakannya

1.     Ambil kulit durian, isi dengan air di bagian lekukannya.
2.     Cucilah tangan anda di lekukan tersebut.

No comments:

Post a Comment