Saturday, 24 November 2012

…PULUT SERUNDING…


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…

Hari ini kami akan kongsikan pula resepi kuih pulut serunding… Jom salin resepi ini…~

Bahan yang diperlukan
Bahan untuk serunding :
50 gram         kelapa parut
5 gram            serai*
10 gram           bawang putih*
30 gram          bawang merah*
5 gram            lengkuas*
10 gram           cili merah*
5 gram            ketumbar*
5 gram            jintan putih*
5 gram            jintan manis*
10 gram          udang kering*
15 gram          gula pasir*
Garam secukupnya

Bahan untuk pulut :
300 gram       beras pulut
150 ml             santan cair
2 helai             daun pandan
Garam secukupnya

Prosedur memasak :
Untuk serunding :
1.         Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
2.       Bahan-bahan yang dikisar, ditumis sehingga harum. Kemudian masukkan garam dan juga kelapa parut, gaul rata.
3.       Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu hingga serunding berderai tetapi tidak kering. Setelah sejuk, angkat dan biarkan seketika.

Untuk pulut :
1.         Panaskan kukusan. Kemudian masukkan pulut dalam bekas dan tuang santan cair sehingga paras pulut.
2.       Masukkan garam dan gaul rata. Letak daun pandan dan kukus 20 minit.
3.       Setelah itu, gaul pulut lagi dan kukus lagi selama 5 minit. Angkat dan sejukkan.

Untuk pulut serunding :
1.         Pastikan sarung tangan dengan plastik bersih, kemudian ambil sedikit pulut dan kepalkan.
2.       Selepas itu golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Seterusnya lakukan langkah yang sama seperti yang pertama pada baki pulut yang lain.


Selamat mencuba ye...

-Hawari, Rubi & Zainor-

No comments:

Post a Comment