Tuesday, 20 November 2012

...BELACAN...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ini saya akan berkongsi info dengan anda semua tentang belacan... Tahu apa itu belacan? Mesti tahu kan... Jom baca...~

Belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil atau  geragau yang dimampatkan dan tahan lama... Ia mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan di gemari ramai... Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya... Tetapi belacan kini telah di terima oleh semua peringkat usia dan bangsa di  Malaysia, malah pengeluar belacan yang mengeluarkan secara komersial dan besar-besaran juga bukan hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja... Belacan kini digunakan dalam pelbagai resepi masakan pelbagai bangsa juga... Proses pembuatannya agak mudah tapi memerlukan kemahiran untuk menghasilkan mutu dan kualiti belacan agar tahan lama...~

Proses pembuatan belacan

Belacan diperbuat daripada udang yang halus atau udang geragau... udang geragau ini akan dicuci bersih, dijemur dan dicampurkan dengan garam mengikut banyak atau sedikit udang geragau yang hendak dibuat belacan. Kemudian, ia dijemur supaya menjadi kering...


Setelah kering, udang geragau ditumbuk dengan lesung batu sehingga halus. Selepas selesai menumbuk, udang geragau dikepal-kepal dan diambil segenggam demi segenggam untuk dibuat bulatan atau leper...

Selepas siap dibuat, barulah ia dikenali sebagai belacan. Belacan yang siap dibuat akan dijemur sehingga kering dan disimpan di tempat yang mempunyai suhu yang sejuk agar ia boleh bertahan lama...



-zainor-

Sumber rujukan :

No comments:

Post a Comment