Thursday, 13 December 2012

KELAMAI KUIH TRADISI ORANG RAWA PERAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin berkongsikan satu resepi warisan nenek moyang kita yang selalunya menjadi juadah wajib bagi orang Rawa. Orang rawa merupankan keturunan yang berasal dari pagar ruyung indonesia. Banyak terdapat dinegeri perak  terutama didaerah batang padang (GOPENG).  Mereka terkenal dengan kuih Kelamai yang dijadikan juadah wajib semasa mengambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha,


Teknik membakar kelamai menyerupai lemang.


Kelamai yang telah siap dipotong...


Mengikut istilah Dewan Bahasa dan Pustaka, kelamai adalah sejenis kuih yang seakan-akan dodol yang menggunakan bahan seperti tepung pulut, gula merah, santan, kerisik, tahi minyak dan gula putih. Cara pembuatan kelamai sama seperti membakar lemang dan yang membezakannya ialah bahan-bahan yang digunakan.

Proses penyediaan bahan untuk membuat kelamai memerlukan tempoh yang lama kerana bahan yang siap diadun akan diperap selama tiga hari sebelum dimasukkan ke dalam buluh untuk dibakar. Ia bertujuan supaya bahan tersebut sebati dan membentuk corak tertentu pada potongan isi kelamai yang sudah masak. Apa yang membezakan lemang dengan kelamai adalah pada buluh yang digunakan. Buluh untuk membuat kelamai dibuang kulitnya terlebih dahulu berbanding dengan buluh lemang yang dibakar dengan keadaan asal. Kelebihan kelamai selain pada rasanya yang enak, ia boleh disimpan dan tahan lama sehingga beberapa bulan. Penyediaan bahan dan cara membakar kelamai juga perlu mengikut cara yang betul supaya kelamai yang enak dapat dihasilkan.

Proses menghasilkan kelamai bukan satu kerja yang mudah. Oleh itu, untuk tidak melupakan adat tradisi masyarakat Melayu Rawa, penduduk Kampung Gunung Mesah dan kawasan sekitar Gopeng, Perak terus menyediakan kelamai untuk tujuan pengekalan tradisi dan memperkenalkan makanan tradisi masyarakat Melayu Rawa kepada semua golongan masyarakat. Pengekalan tradisi melalui pembuatan kelamai ini juga bertujuan mengelakkan ia daripada pupus ditelan zaman dan dalam masa yang sama memberi peluang dan ruang kepada generasi akan datang supaya lebih mengenali kelamai.

HAWARI...

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Macamana nak dapatkannya?? jika saya berada di Melaka?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcmana nak contak. Contact saya 0176722846 sarinah

      Delete