Friday, 23 November 2012

...PAU EMOSI...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ini kami akan kongsikan resepi pau emosi yang kami pernah buat.... Jom salin resepi ini...~ 



Bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan inti :
250 gram                   kentang
100 gram                    isi ayam dipotong kecil
50 gram                     rempah kari daging
20 gram                     rempah kurma
5 gram                        bawang besar
5 gram                        bawang putih *
10 gram                      halia * (*ditumbuk lumat)
2 gram                        daun kari
3 gram                        kayu manis
2 gram                        bunga lawang
190 ml                         air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Bahan doh pau :
500 gram                   tepung pau
125 gram                     gula halus
20 ml                           minyak jagung
250 ml                         air
6 gram                         yis segera

Prosedur memasak
Untuk inti :
1.         Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia hingga harum.
2.       Masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Kemudian masukkan kentang dan gaul rata.
3.       Biar mendidih dengan api kecil. Bila inti menjadi pekat, tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
4.      Kacau hingga rata dan kering, kemudian masukkan hirisan daun bawang dan gaul rata. Sejukkan selepas di masak.

Untuk doh pau :
1.         Satukan gula dan air, kacau hingga gula larut.
2.       Masukkan yis segera ke dalam tepung dan gaul rata. Kemudian tuang minyak dan gaul sehingga sebati.
3.       Bancuhan air dan gula tadi dituang sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10-15 minit hingga mendapat doh yang kenyal.

Kaedah lain untuk menyediakan doh pau :
1.         Masukkan semua bahan-bahan untuk doh pau ke dalam breadmaker.
2.       Pilih set untuk doh dan mula putar bahan-bahan tersebut.
3.       Selepas 30 mini, boleh keluarkan doh dari breadmaker.

Untuk pau :
1.         Keluarkan doh yang telah direhatkan. Bahagi doh kepada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya 60 gram dan bulatkan.
2.       Ambil 1 bahagian doh, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulatkan semula. Selepas itu, letakkan di atas kertas pau / daun pisang.
3.       Lakukan langkah 2 pada bahagian doh yang lain. Biarkan naik selama 30 – 40 minit.
4.      Setelah siap kukus selama 10 – 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba ye...

-Hawari, Rubi & Zainor-

No comments:

Post a Comment