Friday, 28 September 2012

Kegunaan Rempah Ratus


KEGUNAAN REMPAH RATUS DALAM MASAKAN

1.         Kayu Manis
·        Nama saintifik kulit kayu manis ialah Cinnamomum zeylanicum.
·       Kulit kayu manis digunakan untuk menumis. Ia juga boleh digunakan untuk menambah wangian pada air gula (sirap) semasa merebus. Kulit kayu manis juga digunakan untuk membuat wangian.

2.       Bunga Cengkih
·       Nama saintifik bunga cengkih ialah Syzygium aromaticum.
·    Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Bijian kisaran bunga cengkih selalunya digunakan dalam membuat kek. Bunga cengkih juga digunakan dalam masakan nasi beriyani, dalam bentuknya yang asal dan menyeluruh untuk menambah rasa dan hidangan masakan tersebut. Ia sering diguna bersama jintan putih dan kayu manis.

3.       Bunga Lawang
·        Nama saintifik bunga lawang ialah Illicium verum.
·        Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, beriani, masakan lauk - pauk berempah seperti daging, makanan laut dan ayam. Ia juga menambah aroma seperti dalam masakan acar.

4.      Biji Sawi
·       Biji sawi berperasa pedas dan berempah, membangkitkan rasa daging, ikan, ayam, sos, dan sos salad. Digunakan dalam masakan kari, acar dan asam pedas. Biji sawi coklat sangat penting dalam menambah perasa masakan India. Juga dikenali sebagai black mustard, brown mustard, Indian mustard.

5.       Ketumbar
·    Digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu, ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya.

6.       Jintan manis
·       Nama saintifik jintan manis ialah Foeniculum vulgare.
·     Rempah yang tinggi aroma dan menjadi pilihan utama dalam Lauk pauk Nasi Kandar. Kegunaan dalam resepi nasi kandar sebagai biji atau pun serbuk. Tanpa serbuk ini resepi nasi kandar tidak menjadi. Rempah kari yang siap kita beli di kedai tidak akan beraroma tanpa serbuk jintan ini. Selain itu, ia juga digunakan untuk menambah rasa ke dalam roti, gula-gula dan kek.

7.       Jintan putih
·        Nama sainstifik jintan putih adalah Cuminum cyminum atau Carum carvi.
·   Jintan putih digunakan dalam masakan yang mempunyai kandungan rempah yang banyak. Ia merupakan salah satu bahan di dalam serbuk kari dan serbuk campuran rempah lain. Ia digunakan dalam masakan stew dan panggang – terutamanya masakan kambing dan ayam. Ia menambah rasa ke dalam masakan nasi biasa, kekacang dan kek.

8.      Jintan hitam (Habbatussauda)
·         Nama saintifik jintan hitam ialah Nigella Sativa.


9.      Buah pelaga
·       Nama saintifik buah pelaga ialah Eletarria cardamomum.
·      Digunakan untuk menambah rasa yang unik ke dalam nasi, daging, sayuran dan pelbagai masakan lain. Sama ada sebiji ataupun dikisar, boleh dicampur ke dalam minuman kopi, teh, kuih-muih dan kek.

10.    Halba
·      Nama saintifik halba ialah Trigonella foenum-graecum.
·  Kegunaan utama halba adalah di dalam serbuk kari. halba juga digunakan untuk menambah rasa daging merah, ternakan dan sayuran. Namun, jika ia digunakan terlalu banyak ia akan meninggalkan rasa yang pahit. Di Malaysia, ia dimasak dengan nasi di dalam masakan Nasi Dagang.

11.    Lada hitam
·         Nama saintifik lada hitam ialah Piper nigrum.
·      Lada hitam mempunyai aroma tajam dan menusuk, serta rasa asli pedas berempah.Lada hitam elok dikisar dan ditabur terus ke atas makanan. Dengan masakan pedas, ia bagus dicampurkan di penghujung masakan supaya aroma masakan tersebut dikekalkan. 

12.     Lada putih
·        Nama saintifik lada putih ialah Piper nigrum.
·    Lada putih digunakan sepenuhnya sebagai bahan dalam membuat rempah jeruk dan perapan. Lada putih yang dikisar (serbuk) digunakan di dalam makanan yang berwarna lembut seperti sup dan kuah sos.

No comments:

Post a Comment