Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Hari ini kami akan kongsikan resepi daging salai masak lemak cili padi
kepada anda semua... Jom salin resepi ini...~
Bahan yang diperlukan :
500 g daging batang pinang
15 g cili padi
5 g kunyit hidup
2 g bawang putih
5 g bawang merah
20 g serai
2 g asam keping
300 g santan pekat
Prosedur memasak :
1.
Pastikan bahan-bahan disediakan terlebih dahulu.
2.
Bersihkan daging dan masukkan daging tersebut ke dalam
periuk untuk direbus.
3. Rebus daging sehingga empuk dan kemudian bakar diatas
api/oven selama 5 minit dengan menggunakan suhu 200°c.
4.
Setelah daging dibakar, hiris daging tersebut menjadi nipis.
5.
Proses seterusnya adalah mengisar atau menumbuk cili padi
bersama-sama kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk dan masukkan serai
yang telah dititik tadi. Tumis semua bahan tersebut dengan menggunakan sedikit
minyak.
6. Dengan menggunakan api yang perlahan, masukkan santan dan
secawan air dan pastikan sentiasa dikacau.
7. Setelah kuah agak mendidih, masukkan asam gelugor dan daging
salai. Sesuaikan rasa dan kemudian masukkan sedikit garam. Pastikan sentiasa
dikacau supaya tidak pecah minyak sehingga masak.
8. Hidangkan masakkan daging salai masak lemak cili api semasa
panas dan hiaskan dengan daun pudina dan cili merah.
Selamat memasak....~
-Hawari, Rubi &
Zainor-
No comments:
Post a Comment