Monday, 24 December 2012

...KUIH BRONOK...


Assalamualaikum dan selamat malam semua... Hai :)

Petang tadi saya dah bercerita tentang bronok kan... Malam ni saya nak bercerita pula tentang kuih... Kuih bronok... Kuih ni bukan diperbuat daripada bronok tu tau...~

Inilah kuih bronok...~



Kalau anda nak tahu... Kuih bronok  juga dikenali sebagai bronok sagu atau kuih sagu... Kuih ini merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu dan sering dijadikan sajian ketika minum pagi dan petang... Kuih bronok dibuat daripada biji sagu atau juga dikenali sebagai sagu mata ikan... Kuih bronok ini digaul dengan kelapa parut... Rasa kuih ni manis dan sejuk tau... Sekarang ni kuih bronok terdapat dalam pelbagai kaler warna... Cantik je... Kalau dah cantik mestilah sedap kan... Kuih ni banyak dijual kat pasar-pasar... Bukan pasar ikan tau... Kat warung pun ada... Kiranya senang lah nak jumpa...~

Esok kita cari kuih ni jom... Taaa...~


-Zainor-


Sumber rujukan :

...SIAPA NAK MAKAN??...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... Hai :)

Sihat? Alhamdulillah saya sihat... Ok, hari ini saya nak tanya sesuatu... Siapa nak makan? Semua nak makan ye tak... Tapi nak tanya... Nak makan tak yang kat bawah ni??

Haaaa... Apa tu? Cuba teka... Ok, itu sebenarnya ialah bronok... Ha?? Seronok? Bukan-bukan.. Itu BRONOK... Boleh makan ke? Mestilah boleh... Bronok ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut.. Kalau anda nak tahu... Bronok di makan mentah dan dijadikan sebagai kerabu... Bronok ini merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Langkawi, Kedah tau... Ada yang pernah makan tak? 

Bronok ni berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin... Bronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair... Sebab tulah bronok tak boleh dimasak... Cuba tengok bronok tu... Besar kan... Banyak air... Kalau dicucuk dengan jarum... Tusss... Keluar air...~


Kerabu bronok
Terasa nak makan? Sekali cuba pun kira oklah kan... Kalau nak rasa, jom lah kita ke Langkawi... Ayuh..!!

-Zainor-


Sumber rujukan :

...POPIA...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... Hai :)

Hari ini saya nak bercerita tentang popia... Pernah makan popia kan... Banyak dijual kat pasar malam, gerai, warung dan kedai yang jual popia... Sekarang ni pon ada jual popia yang sejuk beku... Senang je... Tinggal goreng je kat rumah... Kalau rajin boleh buat sendiri... Beli bahan je...~

Seperti yang diketahui, popia disediakan dalam pelbagai cara daripada digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini... Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah... Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum yang dicanai nipis... Bahagian isi pula terdiri daripada sayur-sayuran seperti timun, taugeh,dan sengkuang yang dihiris-hiris... Kuahnya pula berbentuk sos mengandungi lada kering dan kacang tanah yang dikisar... Kalau anda nak tahu... Terdapat tiga cara penggunaan kuah atau sos bagi menikmati popia ni iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng...~

Jom tengok jenis-jenis popia yang ada...~

Popia goreng

Popia basah

Popia bersira

Popia mini

Terasa nak makan? Jom cari...~


-Zainor-


Sumber rujukan :

Sunday, 23 December 2012

...ROTI BANJIR...


Assalamualaikum dan selamat malam semua... Hai :)

Roti datang lagi...!!! Heee... Malam ni saya nak bercerita lagi pasal roti... Roti banjir... Ha??? Tahu tak apa tu roti banjir?? Adakah macam ni...~



Ok, bukan macam gambar kat atas ni ye... Roti banjir ni sebenarnya adalah roti canai... Macam gambar kat bawah ni...~


Kenapa dikatakan roti banjir? Sebabnya ialah roti tu telah ditenggelami dengan kuah dal atau kuah kari... Roti banjir ni adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil... Kemudian dicampur dengan kuah dal atau kuah kari yang banyak... Bila dah penuh pinggan tu dengan kuah maka jadilah ia banjir... Nak lagi sedap tambahkan sedikit sambal ye...~

Haaa... Dah tahu kan roti banjir tu macam mana... Kalau nak makan sila lah cari ye...~
Selamat mencari... Heee...~


-Zainor-

...ROTI TISU...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... Hai :)

Tahu tak apa itu roti tisu? Adakah roti bercampur dengan tisu? 

Haaa... Entri kali ini saya akan bercerita tentang roti tisu... Siapa tahu roti tisu tu macam mana? Nak tahu? Jom teruskan membaca... ~

Ini adalah roti tisu... Tengok tu... Takda rupa tisu pun kan...~



Roti tisu ni berbentuk kon... Macam gunung... Kalau nak tahu roti tisu ni nipis dan rangup... Mungkin disebabkan roti ni nipis... Maka ia digelarkan sebagai roti tisu... Tempat yang saya pernah makan akan letakkan sedikit susu pekat...  Ibarat macam gunung berapi yang mengalirkan larvanya... Nak makan macam tu je pon boleh... Tapi selalunya roti tisu ni dihidangkan dengan kuah dal atau kari... Sekali dengan sambal ikan bilis... Sedapnyaaaa...~

Bagi yang belum pernah makan roti tisu ni... Cubalah cari dan makan... Sedap tau...~

Selamat mencuba... Heee...~


-Zainor-

...ROTI JALA...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... Hai :)

Jala-jala ikan... Jala tepi pantai... Lalalala...~ Sebagai mukadimah, saya nyanyi sikit tadi ye... Heee... Ok, kenapa saya nyanyi... Sebab ia berkaitan dengan jala... Hari ini saya nak bercerita tentang roti jala... Tahu kan apa tu roti jala...~

Ini adalah roti jala...~



Kenapa dinamakan roti jala? Sebab ia berbentuk seperti jala ikan... Cuba tengok lagi sekali... Sama kan... Kebiasannya roti jala ni dihidangkan dengan kari atau gulai ayam ataupun daging... Kat negeri pantai timur selalunya dihidangkan dengan kuah manis... Manakala kat negeri pantai barat dihidangkan dengan kuah gulai terutama sekali gulai ayam...~

Roti jala ni dibuat dengan bekas khas yang mempunyai beberapa lubang dan dimasak di atas kuali leper... Nak tahu alat yang digunakan untuk buat roti jala ni?

Dulu, orang selalu guna yang ini...~

Sekarang ada yang ini pula... Dua-dua boleh guna...~

Macam mana? Ada terasa nak buat? Kalau terasa nak makan je... Jom lah cari... Ayuhhh...!!


-Zainor-


Sumber rujukan :

Saturday, 22 December 2012

...APAM BALIK...

Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hai :)
Makanan apa ye yang sesuai untuk makan petang ni? Masih berfikir dan mengoggle menu makanan? Meh saya bagi satu idea...~

Apam balik...~
Mesti pernah makan apam balik ni kan... Selalu ada jual kat pasar malam... Kalau nak tahu apam balik ni dikenali juga sebagai apom balik... Apam balik adalah sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya... Kemudian ia akan dilipat dua... Sekarang ni apam balik terdapat dalam pelbagai perisa seperti coklat, vanila dan strawberi... Apam balik sedap dimakan masa tengah panas lagi...~

Nak buat apam balik ni takla susah sangat... Mudah dan pantas.... Heee... Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti... Ia dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai...~

 Ini adalah tempat masak apam balik...~
Apam balik yang dijual secara komersil menggunakan dapur khas bagi memasak apam balik... Dapur tersebut biasanya menggunakan gas dan mempunyai satu atau enam kuali untuk memasak...~
Apam balik ada 2 jenis tau... Apa balik tradisional dan apam balik keropok... Apam balik tradisional ni ialah apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu... Apam balik keropok pula merujuk kepada apam balik kecil yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok... Macam kat bawah ni...~
Apam balik tradisional

Apam balik keropok
Petang ni ada pasar kat Tanjung Malim... Jom cari apam balik...~

-Zainor-


Sumber rujukan :

...MURTABAK...


Assalamualaikum dan selamat tengahari semua... Hai :)

Lapar tak? Heee... Hari ini saya nak bercerita pasal sejenis makanan iaitu murtabak... Tahu tak apa itu murtabak? Pernah makan? Ada yang panggil murtabak ni mertabak atau pun martabak... Tapi tak kisah la mana-mana pun... Yang penting makanannya tetap sama... Selalunya kita akan jumpa murtabak kat pasar-pasar malam atau gerai makan yang ada jual murtabak ni... Nak tahu pasal murtabak lebih lanjut... Jom baca...~

Ini adalah murtabak...~



Kalau anda nak tahu... Murtabak ni sangat popular di negeri Johor... Selalunya murtabak akan dimakan bersama sos cili dan bawang... Sangat sedap...  Murtabak ada dua jenis iaitu murtabak ayam dan murtabak daging... Namun kini, terdapat pelbagai jenis murtabak... Antaranya ialah murtabak maggi dan murtabak biskut... Nak tahu rupa murtabak tersebut... Jom cuci mata...~

Ini murtabak maggi...~



Ini murtabak biskut...~



Di Kelantan pula terdapat hidangan murtabak istimewa yang tebal dan mempunyai banyak inti... Murtabak ini terdiri daripada tiga lapisan segi empat sama dengan inti daging atau ayam... Ia dikenali sebagai Murtabak Raja.... ~


Kenapa dikatakan mertabak raja? Sebab murtabak ini merupakan murtabak yang dihidangkan kepada keluarga diraja Kelantan ketika 1950-an... Kini, murtabak ini dijual kepada umum...~

Teringin nak makan murtabak? Jom jalan-jalan cari makan...~


-Zainor-


Sumber rujukan :

Friday, 21 December 2012

...KUIH WAJIK...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... Hai :)

Hari ini saya nak bercocet bercerita tentang kuih wajik... Pernah makan kuih wajik? Selalunya kuih wajik ni kita akan jumpa semasa Hari Raya ataupun kenduri kawen kahwin... Jom tengok macam mana kuih wajik ni sesame sama-sama...~

Ini adalah kuih wajik...  Sedap kan...~

Wajik Pulut

Wajik Sirat

Wajik Ketan

Wajik Delima
Saya ibaratkan kuih wajik ni macam dodol... Sebab kuih wajik selalunya dibuat dalam kuantiti yang banyak... Cuma kuih wajik ni diperbuat daripada pulut yang dimasak dengan manisan (nisan kelapa)... Rasa kuih wajik ni sangat manis tau...~

Kalau anda nak tahu... Kuih wajik ni merupakan kuih tradisional Melayu... Sekarang ni kuih wajik terdapat dalam pelbagai rasa... Ada yang campurkan kuih wajik ni dengan durian... Lagi-lagi semasa musim durian... hmm... Sedap kan...~

Kuih wajik boleh disediakan dengan pelbagai cara... Antaranya ialah dengan cara memasak pulut sehingga lembut... Cara lain adalah dengan cara dimasak jelatah atau dalam erti kata lain separuh masak... Biasanya bila dibuat separuh masak, wajik ni agak keras dan akan menghasilkan rasa berkerutup bila dimakan... Tak semua orang suka... Lain orang lain selera kan...~

Teringin nak makan kuih wajik? Jom cari...~  (^_^)v


-Zainor-


Sumber rujukan :

Thursday, 20 December 2012

...DAPUR TERAKHIR...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... Hai :)

Hmmm.... Tetiba rasa sedih dan sayu.... Hari ini adalah kelas memasak dan hari terakhir kami belajar di UPSI... Empat tahun dah... Terasa cepat je masa berlalu... Banyak kenangan indah bersama kawan-kawan di sini... Dulu semua nampak comot je... Sekarang semua dah comel-comel... Hee...~

Hari ini kami main pondok-pondok...  Kami buat set menu buffet... Ada 4 tema iaitu Perkahwinan, Hari Jadi, Makanan Cina dan Hari Raya... Kami semua bersatu dan bergabung membuat semua menu ini... Kiranya hari ini kami buat majlis perpisahan lah... Hari ini kami masak dengan enjoy walaupun terselit rasa syahdu di hati... Sebab?? Tiada spotcheck diri.... Tiada penilaian... Yang ada cumalah masak-masak... Gambar-gambar... Dan makan-makan... Hee.. :)

Banyak sangat ilmu yang saya dapat sepanjang belajar memasak kat UPSI... Buat kuih muih, makanan barat hinggalah makanan timur... Dari yang tak tahu apa saya jadi tahu banyak benda... Segala masakan yang saya belajar, in sha Allah akan saya buat di rumah... Kini, berakhirlah sudah kelas memasak di dapur Masterchef UPSI... Akan ku ingat kenangan di dapur itu...~

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada tenaga pengajar yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar dan dorongan sepanjang saya belajar di UPSI... Begitu juga kepada rakan-rakan yang banyak beri semangat dan kerjasama yang baik... Ampun maaf dipinta... Kepada kawan-kawan yang nak kahwin... Jangan lupa pos kad jemputan anda ye... ;)




...MEMORI TERCIPTA...
  
Dari hati <3
-Zainor-

Wednesday, 19 December 2012

...KUIH BULAN...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... Hai : )

Hari ini bulan sangat cantik... Disebabkan bulan cantik malam ini... Saya akan bercerita sikit tentang bulan... Eh, kuih bulan... Pernah makan kuih bulan? Sebelum tu... Tahu tak apa tu kuih bulan... Haaa... ~

Meh saya tunjukkan macam mana bentuk kuih bulan tu...~

Ini bulan... Bukan kuih ye....~


Ok, inilah kuih bulan... Nampak tak... Bulat-bulat macam bulan... :)


Kuih Bulan ini adalah sejenis kuih tradisi Cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh... Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahnya...~

Ini adalah buah teratai... Biji dari buah teratai inilah yang terdapat dalam kuih bulan...~


Ini pula adalah alat yang digunakan untuk membuat kuih bulan... Kalau anda perasan, atas kuih bulan ini ada tulisan Cina... Tulisan itu datangnya dari alat ini lah... Ibarat pencetak...~


Dah tahu kan kuih bulan tu macam mana... Kalau ada resepi kuih bulan ini akan saya kongsikan bersama anda ye... Jom tengok bulan.... Cantik kan :)



-Zainor-

Tuesday, 18 December 2012

...PUTU MAYAM...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... Hai :)

Siapa pernah makan putu mayam? Sila angkat tangan...! Haaa... Hari ini saya ingin bercerita pasal putu mayam... Tahu tak apa itu putu mayam? Jom kita tengok macam mana rupa putu mayam tu...~

Ini putu mayam... Sekali tengok macam mee hoon pun ada kan...~


Untuk yang belum tahu... Putu mayam ni merupakan makanan tradisional bagi kaum India... Putu mayam ini diperbuat daripada campuran tepung beras atau tepung idiyappam dengan air atau santan yang digaul sebati sehingga menjadi doh... Doh ini kemudiannya akan dimasukkan ke dalam acuan dan ditekan untuk menghasilkan utusan seperti mee... Kebiasaannya putu mayam akan disusun di atas raga pengukus... Macam gambar kat bawah ni...~


Putu mayam ni bukan dimakan macam tu je tau... Biasanya putu mayam ni akan dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula Melaka... Sekali makan putu mayam mesti nak makan lagi... Sebab putu mayam ni sangat sedap... Dan buat putu mayam ni pun tak susah... Lagi mudah kalau beli je kat kedai yang jual putu mayam ni... Heee...~

Jom cari putu mayam kalau nak tahu rasanya... Tak kenal maka tak cinta ye... :)



-Zainor-

Sumber rujukan :

... SIPUT SEDUT...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera... hai :)
Pernah makan siput sedut? Mesti pernah kan... Saya suka makan siput sedut... Lagi-lagi kalau siput sedut masak lemak cili padi... Amboi, sedapnyeee...~
Tahu tak macam mana rupa siput sedut tu? Meh saya tunjukkan...~

Haaa... Siput ni tak boleh disedut tau... Kita boleh tengok je... Kalau nak sedut juga... Err... Sanggup ke? Heee...
Ok, ini dia siput sedut yang boleh disedut-sedut tu...
Untuk pengetahuan semua, siput sedut ini dikenali juga sebagai belitung dan siput mata merah. Ia merupakan sejenis kerang-kerangan siput air tawar. Nama sainsya ialah Cerithidea obtusa. Nak masak siput ni kita mesti kena potong belakang cengkerang siput tu dulu... Sebab apa? Supaya mudah nak keluarkan isi siput tu bila kita sedut... Nak sedut siput ni pun kadang-kadang macam nak semput... Sebab sedut-sedut tapi isinya tak keluar-keluar... Ada cara tau nak keluarkan isi siput ni... Kalau dah cuba banyak kali sampai nak semput tu... Cuba sedut belakang cengkerang siput tu dulu... Lepas da sedut belakang cengkerang siput tu terus sedut depannya pula... Pasti kita akan dapat keluarkan isinya...

Mari saya tunjukkan antara masakan daripada siput sedut ni... Jom cuci mata...~





Haaa... Sedap kan... Tengok gambar je pun dah terasa kesedapannya... Bagi yang belum pernah makan siput sedut ni, saya syorkan anda mencubanya... Tak rugi pun... Sebab sangat sedap... Dan pastikan anda cukup kental untuk menyedut siput ini ye... Jom cari siput sedut...~

-Zainor-

Sumber rujukan: