Assalamualaikum
dan selamat tengahari semua... Hai :)
Lapar tak? Heee... Hari ini saya nak bercerita
pasal sejenis makanan iaitu murtabak... Tahu tak apa itu murtabak? Pernah
makan? Ada yang panggil murtabak ni mertabak atau pun martabak... Tapi tak kisah la mana-mana pun... Yang penting makanannya tetap sama... Selalunya kita akan jumpa murtabak kat
pasar-pasar malam atau gerai makan yang ada jual murtabak ni... Nak tahu pasal murtabak lebih lanjut... Jom baca...~
Ini
adalah murtabak...~
Kalau
anda nak tahu... Murtabak ni sangat popular di negeri Johor... Selalunya murtabak
akan dimakan bersama sos cili dan bawang... Sangat sedap... Murtabak ada dua jenis iaitu murtabak ayam
dan murtabak daging... Namun kini, terdapat pelbagai jenis murtabak...
Antaranya ialah murtabak maggi dan murtabak biskut... Nak tahu rupa murtabak
tersebut... Jom cuci mata...~
Ini murtabak maggi...~
Ini murtabak biskut...~
Di
Kelantan pula terdapat hidangan murtabak istimewa yang tebal dan mempunyai
banyak inti... Murtabak ini terdiri daripada tiga lapisan segi empat sama
dengan inti daging atau ayam... Ia dikenali sebagai Murtabak Raja.... ~
Kenapa dikatakan
mertabak raja? Sebab murtabak ini merupakan murtabak yang dihidangkan kepada
keluarga diraja Kelantan ketika 1950-an... Kini, murtabak ini dijual kepada
umum...~
Teringin
nak makan murtabak? Jom jalan-jalan cari makan...~
-Zainor-
Sumber
rujukan :
No comments:
Post a Comment