Makanan apa ye yang sesuai untuk makan petang ni? Masih berfikir dan mengoggle menu makanan? Meh saya bagi
satu idea...~
Apam balik...~
Mesti pernah makan apam balik ni kan... Selalu ada jual
kat pasar malam... Kalau nak tahu apam balik ni dikenali juga sebagai apom balik... Apam balik adalah
sejenis kuih apam berkulit tebal yang
dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya... Kemudian ia
akan dilipat dua... Sekarang ni apam balik terdapat dalam pelbagai perisa
seperti coklat, vanila dan strawberi... Apam balik sedap
dimakan masa tengah panas lagi...~
Nak buat apam balik ni
takla susah sangat... Mudah dan pantas.... Heee... Bahan tepungnya dicampur
dengan air soda dan air penaik ibu roti... Ia dimasak di atas
belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah
goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai...~
Ini adalah tempat masak apam balik...~
Apam balik
yang dijual secara komersil menggunakan dapur khas bagi memasak apam balik... Dapur
tersebut biasanya menggunakan gas dan mempunyai satu atau enam kuali untuk
memasak...~
Apam balik ada 2 jenis tau... Apa balik tradisional dan apam balik
keropok... Apam balik tradisional ni ialah apam balik yang biasanya bersaiz
kuali yang gebu... Apam balik keropok pula merujuk kepada apam balik kecil yang
garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok... Macam kat bawah ni...~
Apam balik tradisional |
Apam balik keropok |
Petang ni ada pasar kat Tanjung Malim... Jom cari apam balik...~
-Zainor-
Sumber rujukan :
No comments:
Post a Comment