Monday 17 December 2012

Pegaga

Assalamuailaikum dan salam sejahtera....

walaupun penat baru pulang daipada kepong untuk mencari barangan untuk projek akhir....tetapi saya kuatkan semangat untuk menambahkan info didalam blog ini....tadi semasa singga di rawang untuk makan tengahari saya singgah di sebuah kedai\. Nama kedainya selera ABANG....em...selera ke?makan dulu baru tahu.....uniknya kedai ni...terdapat banyak ulam-ulam yang segar seperti petai, pegaga, jantung pisang, pucuk selong, ulam raja dan sebagainya...terdapat juga bahan pencecahnya seperti sambal belacan, cencaluk dan budu....apabila melihat pegaga..teringat pada ibunda tercinta....ulam ini merupakan kegemarannya...sehinggakan di tanam di depan rumah....akan tetapi saya sendiri tidak berminat dengan ulam ini kerana rasanya agak pelik....akan tetapi..ramai menyatakan pegaga mempunyai banyak khasiatnya..sehinggakan kini jus pegaga pun diminati...terdapat pelbagai jenis pegaga iaitu:


Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
Pokok Pegaga Cina atau Pokok Pegaga Nyonya yang biasanya berdaun kecil,
Pokok Pegaga Daun Lebar,
Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes
Pokok Pegaga Kelantan,
Pokok Pegaga Renek
Pokok Pegaga Salad
Pokok Pegaga Gajah
Pokok Pegaga Brunei



Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti proteingentianzat besivitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. ] Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga adalah:
penawar alahan
merawat asthma dan sesak nafas
merawat jangkitan paru-paru
merawat kegusaran dan kegigilan
anti kanser
melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
penawar batu karang
penawar kencing berdarah
penawar ulser
merangsang peredaran darah
merawat cirit birit dan gastrik
menurunkan tekanan darah

Pegaga boleh dimaklumkan sebagai ulam yang bernutrisi dan berkhasiat. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak. Rasanya agak sedikit pahit, dan sering digunakan oleh orang Asia untuk memasak sebagai sayuran tambahan. Diakhir penyediaan hidangan seperti karimi goreng atau nasi goreng, penyudah hiasan makanan tersebut biasanya diletakkan hiasan seperti hirisan daun pegaga, dan daun bawang. Masyarakat Nusantara juga menjadikan ekstrak pegaga sebagai minuman herba atau tonik herba atau jamu. Pegaga juga sering dimakan bersama nasi putih yang berlauk-pauk, daun pegaga dicicah dengan sambal belacan juga dijadikan pencuci mulut tradisional yang sedap dan pedas. Masyarakat India pula menjadikan ekstrak daun pegaga sebagai minuman musim panas yang dicampur ais dinamakan “thandaayyee”.

Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina.
Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda.

Memang banyak khasiatnya....jadi selepasnya perlulah saya mencuba pegaga...hehheh...

HAWARI

2 comments:

  1. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete