Monday, 17 December 2012

...IKAN SAMBAL...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... hai :)

Hari ini saya nk berkongsi satu resepi iaitu ikan sambal... Mesti ramai yang pernah masak dan makan  makanan ini kan... Mungkin juga ada nama lain untuk makanan  ini... Resepi ini sama macam yang lain.... Cuma ini cara saya... Jom salin resepi ini...~

Bahan-bahan :
Bahan untuk ikan
3 ekor             ikan jaket
1 inci                halia hidup - ditumbuk
5 g                   serbuk kunyit
Secubit            garam
Minyak untuk menggoreng ikan

Bahan untuk sambal
30 g                cili kering - dikisar
4 ulas              bawang merah - dikisar
3 ulas              bawang putih - dikisar
½ inci              halia - dikisar
2 batang         serai - dikisar
1 ulas               bawang besar - dihiris
250 ml            air
15 ml                minyak masak
10 ml               air asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan :
  1. Bersihkan ikan. Gaul ikan bersama halia yang telah ditumbuk, serbuk kunyit dan garam sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga separuh masak dan angkat.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan air dan air asam jawa.
  5. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga mendidih.
  6. Masukkan ikan yang telah digoreng. Gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Hidangkan.

Hmmmm.... Sedap tak? Sesiapa yang suka makan makanan pedas boleh la masak makanan
ini... Yang tak suka pun boleh masak... Sebab apa? Sebab tak lengkap sebenarnya kalau tiada makanan yang
pedas dalam menu seharian... Ibarat tiada rasa...

Resepi dah diberi... Apa tunggu lagi... Selamat mencuba ye... Ting tang ting tang...~


-Zainor-



No comments:

Post a Comment