Sudah hampir dua bulan tidak pulang kekampung halaman. Teringat kembali kenangan semasa cuti semester yang lepas. Banyak aktiviti yang dilakukan dengan mengutip buah durian dan memanjat petai di kebun sendiri. Betul saya panjat sendiri?...Ya...sejak kecil lagi saya mengikut ayah saya ke kebun untuk memetik buah petai dan akhirnya saya pon pandai panjat pokok petai. Tinggi?Gayat?semua itu sudah menjadi asam garam dalam kehidupan saya sebagai budak kampung. Yang penting, jaga keselamatan dan fokus semasa memanjat pokok petai yang tinggi itu.
Petai?Em....ramai jugak yang suka...tapi lagi ramai yang xsuka....alasannya mungkin sebabnya baunya kuat...Akibat daripadanya berbaulah satu tandas...Petai selalunya dimakan sebagai ulam samaada direbus atau dimakan mentah. lagi enak jika dibuat sambal bersama udang. Terdapat banyak jenis petai yang terdapat dinegara kita.antaranya petai padi, petai meranti dan petai kenering.
Hasil petai yang dipanjat sendiri...
Diatas pokok petai...
Walaupun baunya kurang menyenangkan, akan tetapi petai mempunyai khasiat yang tinggi. Antaranya adalah:
Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England
Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya
menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.
Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.
1. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi
Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.
1. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi
pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
2. Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses
pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
3. Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati
tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih
coklat untuk
mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya
membuatkan
anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai
berupaya
mengatasi masalah kegemukan.
4. Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi
Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks
dan tidak
tertekan.
Ada masa datanglah kekebun saya..............HAWARI
fewiiitttt !!!! bnyk petai kamu chorrr !!!!
ReplyDelete