Pada minggu lepas saya telah berkunjung ke Pasar malam kampung gajah di daerah Pasir Salak perak.. Semasa singgah di pasar malam di kampung tersebut untuk membeli air. Saya terlihat sejenis kuih yang agak unik dan jarang ditemui ditempat saya ataupun kawasan lain. Nama kuih tersebut adalah kuih CECEMEK. Jika dilihat pada awalnya ia seperti kuih limas ataupun kuih tepung pelita Akan tetapi berbeza sedikit segi rupanya. Terdapat berberapa 2 lopak didalam kuih tersebut seperti kawah. Setelah itu iru saya mencari serba sedikit maklumat berkenaan kuih ini supaya dapat dikongsikan bersama.
- Keunikan kuih ini terletak pada adunan dan acuannya. Walaupun kelihatan
seperti kuih limas dan badak berendam, tetapi berbeza melalui bentuknya
yang
berkelopak dan berlubang.
-
Daun pisang jenis pisang abu digunakan kerana ia mengeluarkan
aroma yang
harum,
-
Hanya daun pisang terpilih sahaja digunakan
sebagai alas atau sampan cecemek
bagi menjamin keenakan dan aroma kuih ini.
-
Cecemek dibuat daripada adunan tepung pulut, santan, gula dan
garam yang
dimasukkan ke dalam daun pisang dan di kukus
selama 10 minit.
- Kuih
ini cukup sinonim dengan penduduk Kampung Gajah dan Pasir Salak.
- Kemahiran membuat cecemek hanya terdapat pada golongan tua
kerana generasi
muda kurang berminat untuk mempelajari dan
membuat kuih tradisional ini.
HAWARI
No comments:
Post a Comment