Tuesday 13 November 2012

...MARUKU...


Assalamualaikum dan selamat tengahari....

Hari ini merupakan Hari Deepavali... Oleh itu, saya ingin berkongsi info tentang salah satu kuih tradisional kaum India iaitu maruku... Rasanya semua orang pernah makan maruku ni kan... Jom kita ketahui apa itu maruku...

Maruku merupakan salah satu makanan ringan kaum India... Maruku banyak dijual oleh penjual kacang putih atau vadai... Kini, maruku diusahakan secara besar-besaran... Sebab itulah maruku boleh didapati di pasaraya-pasaraya.... Penduduk Singapura dan Malaysia berbagai-bagai kaum sangat menggemari maruku ini.

Maruku sesuai dimakan ketika minum petang... Maruku selalunya dihidangkan pada hari-hari perayaan seperti Deepavali dan hari raya... Rasanya sedap dan rangup. Maruku sesuai dibawa berkelah atau untuk perjalanan jauh...

Pembuatan

Acuan maruku
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat maruku ialah tepung maruku, tepung beras, jintan putih, bijan, cili kering, garam, air, minyak masak dan marjerin... Tepung maruku boleh dibeli di kedai-kedai runcit kaum India.... Tepung mesti diayak, untuk rnengasingkannya daripada butir-butir kasar dan sebagainya... Kemudian tepung itu dicampur dengan garam, jintan putih, bijan dan cili yang ditumbuk lumat... Apabila campuran sebati, marjerin dimasukkan... Campuran tersebut diadun hingga sebati dengan menggunakan air... Apabila adunan sebati, bolehlah dimasukkan ke dalam acuan maruku dan ditekan...

Ketika menekan adunan tersebut acuan itu dipusing-pusingkan supaya lingkaran maruku bertindih antara satu sama lain... Selepas itu adunan maruku itu bolehlah digoreng di dalam minyak yang panas... Ketika menggoreng, rnaruku hendaklah dibalik-balikkan supaya masak sama rata... Apabila maruku sudah kuning atau perang, bolehlah diangkat dan ditoskan... Maruku boleh dihidangkan terus atau disimpan di dalam bekas kedap udara apabila sejuk. Maruku tahan Iama disimpan...

       - Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia -


 -Zainor-

Sumber rujukan :

No comments:

Post a Comment