Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Jika semalam saya berceloteh pasal
keropok... Hari ini saya ingin berkongsi sedikit info dengan anda semua tentang
keropok keping... Jom baca...~
Keropok keping adalah sejenis makanan ringan tradisional yang diperbuat campuran ikan atau udang... Campuran daging ini disatukan dengan sagu atau tepung kanji... Di Indonesia, keropok disebut krupuk atau kerupuk...
Pembuatan
Keropok keping adalah hasil proses dari keropok lekor yang telah direbus dan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping... Keropok keping tahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul. Keropok keping perlu disimpan di tempat yang kering dan mempunyai edaran udara yang baik... Ia juga perlu diletakkan jauh daripada bahan yang berbau kuat bagi mengelakkan bau tersebut diserap oleh keropok itu...
Bagaimanapun, keadaan ini mungkin boleh
dimajukan di masa hadapan bagi menghasilkan keropok berperisai oren atau
strawberi dengan menyimpan keropok kering tersebut dengan buah-buahan bagi
membenarkan keropok kering tersebut menyerap haruman buah-buahan tersebut...
Keropok keping tidak boleh dimakan dengan
begitu sahaja kerana ia adalah keras dan liat, sebaliknya keropok kering ini
perlu digoreng dengan minyak sebelum dimakan... Keropok keping ini akan menjadi kembang
apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan
dengan sos cili... Apabila menggoreng keropok keping, minyak perlu dipanaskan
terlebih dahulu bagi mengelakkan keadaan yang dikenali sebagai kembang minyak...
Ini adalah apabila minyak meresap kedalam keropok sebelum ia sempat kembang
dengan baik...
Keropok keping juga digunakan dalam masakan
sebagai bahan tambahan seperti dalam masakan mee rebus dan yang seumpamanya... Kandungan ikan yang tinggi dalam keropok keping menjadikan ia seumpama bebola
ikan tetapi lebih tahan lama tanpa memerlukan sebarang bahan pengawet...
Pada masa kini, perkembangan dalam
teknologi makanan telah menghasilkan keropok keping segera yang boleh dimakan
begitu sahaja... Selain dari keropok keping segera yang biasa, terdapat juga
keropok keping berperisa pedas yang telah disira (dicampurkan) dengan sos lada
(sos cili) untuk mereka yang gemarkan pedas...
-Zainor-
Sumber rujukan :
No comments:
Post a Comment