Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
kawan-kawan...
Semalam saya dah cerita sikit pasal kuih
dan pemanis mulut yang kami buat kan... Hari ni saya akan bagi anda resepi hidangan tersebut... Sila ambil pen atau pensil anda ye...
Kertas jangan lupa ok... Jom salin resepi di bawah ini...~
Bubur Jagung Sagu
Porsi : 2 orang
Bahan
diperlukan
250 g jagung manis (tin)
50 g gula Melaka
190 ml santan pekat
200 ml air
2 g daun pandan simpul
1 g garam
15 g sagu telur ikan
1 ml pewarna kuning
Prosedur memasak :
- Basuh sagu dan masukkan beberapa titik pewarna kuning. Kemudian toskan sagu tersebut.
- Masukkan jagung
manis, santan dan garam ke dalam periuk.
- Masak diatas api
sederhana dan masukkan sedikit air. Kacau hingga mendidih.
- Masukkan sagu dan
gula Melaka. Kacau sehingga sagu bertukar jernih.
- Tutupkan api dan
hidangkan panas atau sejuk.
Kuih Kasturi
(25 biji)
Bahan diperlukan
Untuk inti:
200 g
kacang hijau
125 g gula pasir
25 g kelapa parut (putih sahaja)
80 g tepung gandum
400 ml air
Untuk kulit / salut:
90 g tepung beras
5 g tepung jagung
1 g serbuk kunyit
2 g kapur sirih
1 g garam
1 kg minyak masak ( untuk menggoreng)
100 ml air
Prosedur memasak :
1. Membuat inti :
-
Rebus kacang hijau
sehingga kacang hijau pecah atau lembut dan airnya kering.
-
Masukkan kelapa, gula
dan tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan.
-
Ambil sedikit adunan
dan bentukkan seperti bebola. Leperkan.
2. Membuat kulit / salut :
-
Panaskan minyak di
dalam kuali.
-
Masukkan kesemua bahan
kecuali minyak masak ke dalam mangkuk dan bancuh sehingga sebati.
-
Celup adunan kacang ke
dalam batter penyadur dan goreng sehingga kuning keemasan.
-
Angkat dan toskan.
-Zainor-
No comments:
Post a Comment