Friday 16 November 2012

...KEREPEK BINJAI...


Assalamualaikum dan selamat petang...

Petang ini saya ingin bercerita pasal sejenis kerepek... Tapi sebelum tu... Apa itu kerepek? Haaa... Ini jawapannya... Kerepek  merujuk kepada sejenis makanan ringan yang dipotong nipis dan digoreng sehingga garing... Kerepek dibuat daripada pelbagai bahan dan dinamakan menurut jenis bahan yang digunakan bagi menghasilkan kerepek tersebut...

Pernahkah anda makan kerepek binjai? Apa itu kerepek binjai?
Nak tahu? Jom baca...~

Buah binjai

Buah binjai

Kerepek binjai merujuk kepada kerepek yang dihasilkan dari buah binjai... Buah binjai yang dikopek akan ditumbuk bagi menghasilkan kepingan dan dikeringkan... Sekiranya buah binjai yang digunakan itu kecil, beberapa biji buah akan dikapuh menjadi satu dan ditumbuk untuk membentuk sekeping kerepek...

Ini kerepek sebelum digoreng...

Ini kerepek selepas digoreng...


Kerepek binjai yang telah dikeringkan akan digoreng sebelum dihidangkan... Kerepek binjai goreng mempunyai rasa sedikit pahit yang mungkin tidak berapa digemari oleh mereka yang tidak biasa memakannya, tetapi bagi mereka yang biasa memakannya, rasa itu yang menyebabkan mereka menggemarinya...

Terdapat juga kerepek binjai yang digoreng dan disira dengan air gula bagi menghasilkan kerepek binjai sira... Kerepek binjai dan kerepek binjai sira amat digemari oleh penduduk pantai timur, terutamanya di Terengganu...

Ok, sekarang dah tahu kan apa itu kerepek binjai... Mesti ada yang pernah makan kan... Kepada sesiapa yang belum pernah makan kerepek ini lagi... Cubalah cari dan rasa... Sedap tau... Jommm... : )


-Zainor-


Sumber rujukan :

1 comment:

  1. aik...buah ni bole buat kerepek ke?rs saya buah binjai yg kecik tu org buat kerepek.

    ReplyDelete