Sunday, 18 November 2012

...KHASIAT TEMPE...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Pernah makan tempe? Sedap kan... : ) Saya suka makan tempe... Tahukah anda tempe ni banyak khasiatnya... Jom sama-sama baca info yang saya dapat mengenai tempe ni... Mari...~


Tempe adalah makanan yang dibawa dari Indonesia dan mempunyai khasiat tinggi. Ini diakui USDA Nutrient Database for Standard Reference yang menyenaraikan beberapa nutrien utama tempe. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang  akan direbus, dijemur dan dilenyek sebelum digaul bersama ragi. Campuran berkenaan akan dibungkus dengan daun pisang atau rambai dan diperam semalaman. Proses penapaian membabitkan aktiviti kulat dipanggil Rhizopus oligoporus.

Menurut penyelidik Dominic N Afiteatro, kulat ini akan mengambil nutrien daripada kacang soya sebagai makanan dan mencipta asid untuk melengkapkan proses penapaian. Keseluruhan kacang soya akan disaluti jaringan lembut berwarna putih dipanggil mycelium iaitu pertumbuhan kulat Rhizopus ini. Mungkin ramai penggemar tempe tidak tahu selama ini makanan kegemaran mereka adalah kacang soya bersalut kulat yang digoreng garing, enak dan berkhasiat.

Sepotong tempe mengandungi berbagai unsur yang berkhasiat seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.  Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat. Hasil daripada analisis, gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebanyak 1.13 mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan.


Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut:

  1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan)

  1. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
  
  1. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.

  1. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.

  1. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.

  1. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!

  1. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.

  1. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.

  1. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).

  1. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.

Dah tahu khasiat tempe...? Jom cari tempe... : )



-Zainor-



Sumber rujukan :

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete