Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Saya akan menerangkan serba sedikit mengenai pejalanan amali masakan pada minggu ini. ecara keseluruhannya amali berjalan lancar mengikut perancangan. Cuma terdapat sedikit masalah dari segi persiapan kerana kami mengalami masalah bahan mentah tidak yang tidak mencukupi. Ini membuatkan
kami terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan kuntiti bahan yang diperlukan untuk resepi. namun perkara tersebut telah diselesaikan oleh pensyarah kami dengan cuba sedaya upaya mendapatkan barang-barang yang tidak mencukupi.
Hari ini kami menyediakan set makanan Thailand. Apabila berdiskusi berkenaan masakan Thailand, pasti rasa pedas dan masam sudah menjadi asam garam dalam masakannya. Kami telah menyediakan 4 menu iaitu kerabu perut mangga, Ikan percik Thai, daging masak lada hitam, tom yam kelapa. Ini merupakan pengalaman pertama saya menyediakan menu ini.
Berdasarkan resepi yang disediakan, penggunaan cili dan asam limau adalah paling banyak digunakan. Ini mungkin kerana mencerminkan identiti masakan Thailand tersebut. Kerabu perut yang disediakan menepati rasa yang diingini. Bagi ikan percik pula ikannya masak dengan sempurna namun kos percik kurang menjadi menurut pensyarah saya. Mungkin semasa masa menumis agak singkat. Daging lada hitam pula enak dan menepati rasa dan warna. Tekstur mungkin agak liat kerana daging yang digunakan adalah daging beku dan bukannya daging batang pinang. Seterunya tomyam kelapa agak tidak menjadi. mungkin kerana kekurangan masa, Rasanya seperti masak lemak kerana daun limau purut tidak mencukupi.
Selamat juga akhirnya saya mempelajari masakan thailand....MALAYSIA VS THAILAND.....
HAWARI
No comments:
Post a Comment