Assalamualaikum
dan selamat petang semua... Hai :)
Hari
ini saya nak berkongsi sedikit info tentang dodol... Semua pernah makan dodol
kan... Jom tengok dodol ni macam
mana....~
Dodol
adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang
manis (atau manisan/penganan)... Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar, Johor...
Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit... Ramai orang selalu mencuba untuk
membuatnya... Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu
tinggi... Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka
yang telah berusia... Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol...
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa,
tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam...
Kini,
Dodol merupakan suatu makanan manisan yang amat popular dan digemari di
Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Sri Lanka. Manakala di Filipina,
khususnya pada wilayah Ilocos, Luzon dan di bahagian Lanao, Mindanao serta di
India khususnya pada wilayah Goa... Terdapat pelbagai jenis dodol yang boleh didapati di pasaran seperti dodol durian, dodol nangka dan macam-macam lagi....
Pelbagai bentuk dodol yang telah dihasilkan seperti di bawah :
Pada
asasnya, manisan dodol ini diperbuat daripada perahan susu dari buah kelapa
tua, jageri (gula batu merah yang diperbuat dari ekstrak tebu atau gula melaka)
serta tepung beras ataupun tepung pulut... Semua ramuan ini akan diadunkan
melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga
4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai... Hasilnya, fizikal dan rasa
Dodol akan berubah menjadi melekit, tebal dan manis. Di kebanyakan negara
Asean, dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari
Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji... Terdapat banyak versi dodol yang
berlainan samaada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelap,
hijau dan kuning... Rasa dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya
yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa durian, kelapa dan pisang...
-Zainor-
Sumber rujukan :
No comments:
Post a Comment