Assalamualaikum
dan selamat petang semua... Hai :)
Hari
ini saya nak berkongsi sedikit info tentang cakoi... Tapi sebelum tu nak tanya
sikit... Pernah makan cakoi tak? Mesti pernah kan... Sedap kan cakoi ni... Saya
suka... Jom tengok cakoi ni macam mana....~
Cakoi
merupakan doh berbentuk panjang dan berwarna perang keemasan bila siap dimasak...
Cakoi dimasak dengan cara bergoreng, menggunakan minyak yang banyak dan
merupakan satu masakan orang Cina dan di Indo-China... Kebiasaannya, ia dimakan
ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya... Di sebahagian
kalangan penduduk utara semenanjung Malaysia, cakoi juga dikenali sebagai
patongko, iaitu asal perkataan dari Thailand yang juga merujuk kepada kuih
jenis ini...
Sejarah
Mengikut
cerita orang-orang di China, perkataan yau ja gwai dan u char kway digunakan
untuk menunjukkan tunjuk perasaan kepada Dinasti Song (960-1279)... Secara
rasminya ialah Qin Kuai (秦檜, Kantonis: Chun Kui), yang mengumpulkan dan membentuk satu
pakatan untuk menjatuhkan jeneral Yue Fei, seorang idola dalam menyemarakkan
semangat kebangsaan dalam orang-orang cina....
Dikatakan,
makanan ini menggambarkan dua bentuk manusia yang digoreng, kemudiannya ia
bercantum ketika dimasak, yang dikatakan ia adalah Qin Kuai dan isterinya,
kedua-duanya bergabung dengan musuh untuk menjatuhkan jeneral sehingga titisan
darah terakhir.. Jadi, cakoi dimakan dan dimasak berkeadaan dengan minyak yang
banyak, seperti ia memusnahkan pasangan suami-isteri tersebut... Bagi
mengekalkan tradisi kebencian ini, cakoi dibuat secara panjang hingga 2 kaki
dan disatukan ditengah, bagi melambangkan pasangan tersebut...
Budaya
pemakanan
Cakoi
bukanlah satu makanan atau masakan yang keasliannya datang dari kalangan
Melayu, ia tercetus dari kedatangan pendatang orang-orang Cina, orang Siam dan
juga orang Indo-China yang datang ke Malaysia... Namun, cakoi dimakan oleh
orang Melayu bukan ketika sarapan, ia banyak didapati dijual oleh penjual gerai
jalanan ketika waktu petang... Cakoi bagi kalangan Melayu, kebanyakkannya
dimakan ketika waktu petang dan ia dicecah dengan kuah kacang cair... Cakoi
jarang dibuat dirumah tapi hanya banyak dibeli digerai jalanan dan ketika pasar
malam...
Tiba-tiba
teringin nak makan cakoi la... Kat mana ada jual ye?? Tunggu pasar hari Sabtu
ni jela jawabnya... Alahaiiii...~
-Zainor-
Sumber rujukan :
No comments:
Post a Comment