~ PUNTEN ~
Assalamualaikum semua…..sihat
tak?..maklumlah sekarang musim hujan, cuaca tak menentukan..jadi adalah yang selesema,
batuk2, demam pun ada…tapi walau apa pun tetap kena jaga kesihatan ye sahabat
semua..=)..jangan sampai sakit…dah sakit nanti nak buat kerja pun tak senang
kan…
Haa……hari ni kami nak kongsi satu lagi
resepi tradisi dari masyarakat orang Jawa…siapa orang Jawa kat sini…kalau korang
orang Jawa mesti pernah dengar nama ni…..kalau yang tak pernah dengar nama
makanan ni mesti pelikkan..tapi hakikatnya memang begitu namanya tau…
~~ PUNTEN ~~ pernah dengar tak…sedap
tau kuih tu…sedap sangat…sekali rasa macam nasi lemak..tapi bukan…tapi makan
sekali lagi rasa macam nasi lemak…ermmmm…tak kiralah rasa apa pun yang penting perut
kenyang ….betul tak ^_^
Dulu-dulu, masa
kecik-kecik, masa zaman kanak-kanak riang, mak selalu buat PUNTEN ni, kalau
buat PUNTEN mesti dalam talam besar…kenal tak talam tu apa…hehehe..selalunya
orang panggil dulang….tapi Jawa panggil talam…pastukan bila nak makan mesti
ambik guna sudu letak kat pinggan dan cecah ngan sambal…ditambah lagi minum
dengan air kopi panas…urmmmm…sedapnya…hujan2 macam ni, rasa nak makan PUNTEN
pulak …..rindu pulak zaman tu…
Kalau ada siapa-siapa yang teringin
nak makan…senang je….cuba buat…tak susah mana pun…ok…kat bawah ni bahan-bahan
dan cara-cara nak buat PUNTEN…
Bahan-bahan
500 gm beras
400 ml santan cair
200 ml santan pekat
½ biji kelapa parut
Garam secukup rasa
Bahan-bahan sambal
tumis
200 gm ikan bilis
10 tangkai cili kering
10 biji cili padi
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm belacan
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Cara membuat PUNTEN
- Pastikan beras dibasuh terlebih dahulu dan masukkan beras ke dalam
periuk. Tuangkan santan cair dan tanak hingga mendidih.
- Setelah santan cair hamper tersejat, masukkan pula santan pekat,
kelapa parut dan garam. Gaul sebati.
- Biarkan nasi masak hingga cecair sejat. Jika terlalu keras
tambahkan sedikit air. Sejukkan lebih kurang 30 hingga 40 minit.
- Kemudian tuangkan nasi tadi ke dalam loyang. Pastikan sebelum
tuangkan nasi, sapukan sedikit minyak pada loyang atau boleh letakkan plastik
pada dasar loyang untuk elakkan daripada melekat. Mampatkan nasi tadi dan
sejukkan seketika. (macam kita nak buat nasi impit tu…)
- Bila dah sejuk boleh la dipotong dan makan dengan sambal tumis.
Cara membuat sambal
tumis
- Kisar cili kering, cili padi, bawang merah, bawang putih dan
belacan.
- Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi. Selepas naik bau
masukkan ikan bilis, air asam jawa, garam dan gula.
- Didihkan untuk beberapa minit dan tutup api. (kalau nak buat sambal
lain pun boleh…^_^)
Selamat mencuba semua….^_^
No comments:
Post a Comment