Thursday, 1 November 2012

...Lala Tumis Berlada Nenas...

Assalam....hari ni kami nak kongsi satu resepi istimewa yang dimasak dirumah sewa.walaupun diperingkat percubaan,akan tetapi telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh teman-teman...


Bahan-bahan
1 kg lala
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
1 inci halia
2 barang serai ( diketuk)
1/2 inci lengkuas
3 sudu air asam jawa
1/2 biji nenas ( dipotong kecil-kecil)
2 sudu minyak masak
10 gram daun sup ( di rincik)

Langkah memasak
1. Lala dibasuh sehingka bersih.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
3. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan serai,hali dan lengkuas.
5. Masukkan sedikit air,lala dan nenas
6. Tutup kuali dan biarkan ia mendidih.
7. Masukkan garam dan daun sup.
8. Siap untuk dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA!!!!!

No comments:

Post a Comment