Tuesday 6 November 2012

...KUIH TEMPATAN...

Kita semua pernah makan kuih muih kan... Terdapat pelbagai jenis kuih yang mudah diperolehi di negara kita seperti kuih kasturi, kuih koci, kuih ketayap, kuih seri muka dan macam-macam lagi... Tapi tahukah kita apa itu kuih tempatan...??

Kuih Tempatan

Ø  Kuih tempatan ialah kuih yang dihasilkan dengan menggunakan bahan tempatan yang mudah didapati di negara kita.
Ø  Kuih tempatan biasanya dihasilkan dengan menggunakan bahan tempatan seperti pisang, ubi keledek, ubi kayu, sagu, tepung beras, tepung pulut, gula melaka, keladi, santan dan sebagainya.
Ø  Kuih tempatan seringkali dijadikan sebagai pencuci mulut, makanan bekal dan hidangan untuk sajian minum teh pagi dan petang.

Kuih Tempatan Dan Sumber



  
Contoh-Contoh Kuih Tempatan

1)        Kuih tempatan jenis manis

Kuih keria

Kuih lapis

Kuih lompang

2)      Kuih tempatan jenis savouri

Kuih cara berlauk

Pulut panggang

Cucur udang

Pembungkusan Kuih Tempatan






1)  Pembungkusan kuih yang sesuai dapat memudahkan kuih dibekal, memelihara rupa dan kesegaran kuih serta memastikan aspek kebersihan diutamakan.
2)      Kuih tempatan perlu dibungkus dengan baik apabila dijadikan bekalan untuk dibawa ke tempat lain, sebagai hadiah untuk diberikan kepada orang lain atau penjual.
3) Melalui pembungkusan, kuih juga terlindung daripada kekotoran dan memudahkan penyimpanannya.
4)  Pemilihan jenis pembungkusan dipengaruhi oleh tekstur kuih sama ada keras atau lembut, berminyak atau lembab.
5)      Kuih yang dipotong dengan cantik sesuai diletakkan dalam bekas yang beralas daun pisang dan dipotong dengan kemas.


Menghias Dan Menghidang Kuih Tempatan

Kuih bakar

Kuih ketayap

Lompat tikam

Sumber rujukan :

No comments:

Post a Comment