Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Pernah
makan keropok lekor? Mesti pernah kan... Rasanya sangat sedap... Hari ini saya
ingin berkongsi sedikit info tentang keropok lekor... Jom baca...~
Keropok lekor atau kerepok batang merupakan
sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di
Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran
sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong
kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali,
sebelum direbus didalam air panas.
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan
keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin
semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik
sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini,
pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain. Keropok lekor biasanya tidak tahan lama.
Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor
hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi
mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu
dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya
tidak keropok berasa tawar.
Selain daripada dimakan segar, keropok
lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan
keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji
biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat
apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan
menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.
Keropok lekor juga boleh diproses dengan
lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus
akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok
kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi
kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila
dimakan dengan sos cili.
-Zainor-
Sumber rujukan :
No comments:
Post a Comment