Saturday, 10 November 2012

...BOTOK-BOTOK...


Assalamualaikum dan selamat tengahari....

Tahukah anda apa itu botok-botok? Pernahkah anda makan botok-botok? Mungkin ada sesetengah orang yang tidak tahu apa itu botok-botok... Jadi, hari ini saya akan kongsikan sedikit info tentang botok-botok...




Botok- botok adalah hidangan tradisional orang Jawa.... Ia juga merupakan makanan tradisi orang Johor... Seperti juga telur pindang yang hanya boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja... Botok-botok diperbuat daripada carik isi kelapa yang telah diperah daripada santan dan sering dicampurkan dengan bahan lain seperti sayur-sayuran atau ikan. Ianya berbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus... Ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah... Rempahnya yang istimewa khabarnya terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding... Botok-botok ini biasanya dimakan dengan nasi...


No comments:

Post a Comment