Monday, 1 October 2012

Sanitasi Dalam Penyediaan Makanan


Terdapat berberapa komponen yang perlu diambil kira dalam memastikan tahap kebersihan dalam penyediaan makanan.Diantaranya ialah:

1Kebersihan Diri

   Apakah yang dimaksudkan dengan kebersihan diri?kebersihan diri merangkumi semua aspek individu yang menyedia,menghidang dan menguruskan makanan tersebut.Perkara yang selalu dititik beratkan ialah dari segi penampilan individu samaada dari aspek pemakaian dan personaliti. Gambar dibawah membezakan dua situasi pekerja yang menjaga kebersihan diri ataupun sebaliknya.










2. Kebersihan peralatan

   Merangkumi semua aspek penjagaan peralatan memasak, menghidang dan menjual. Kebersihan peralatan penting bagi memastikan makanan tidak tercemar berpunca daripada perlalatan yang dicemari bakteria. Berberapa amalan untuk menjaga peralatan memasak adalah seperti membasuh peratan setelah selesai digunakan, memastikan peralatan yang diperbuat daripada logam tidak berkarat dan dalam keadaan kering serta banyak lagi.





Pinggan mangkuk yang dibiarkan selepas digunakan.




Sudu yang berkarat membayakan pelanggan



3. Kebersihan ruang dan tempat kerja

    Tempat kerja yang bersih dan selamat adalah perkara yang amat diutamakan dalam penyediaan makanan. Hal ini kerana faktor ini dapat mengelakkan penyebaran dan pembiakan bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan kepada pelanggan.Penyelenggaraan yang sistematik penting bagi memastikan premis dalam keaadaan bersih dan selamat.




Dapur sangat Kotor dan menjijikkan.



Dapur yang kemas dan teratur

Kebersihan makanan

       Merangkumi segala aspek yang melibatkan bahahan-bahan yang digunakan. Bahan yang digunakan perlulah dipastikan selamat untuk dimakan. Tidak tercemar,basi atau telah tamat tempoh. Selain itu, makanan yang di hidangkan perlulah dalam kedaaan bersih dan tidak terdedah terlalu lama.

No comments:

Post a Comment