Adakah anda tahu apa itu perancangan
menu....?? Mari kita ketahui bersama....
Pengertian Menu
Menu adalah 1 hidangan lengkap untuk
sesuatu sajian
Tujuan Merancang Menu
1) Menyediakan sajian yang mengandungi
nutrien yang diperlukan.
2) Menjimatkan masa , tenaga dan bahan
makanan.
3) Menyediakan sajian yang menarik,
berkhasiat dan menyelerakan
4) Mengikut anggaran belanjawan
Faktor Yang Mempengaruhi Perancangan Menu
1.
Tujuan sajian (Jenis hidangan)
- Berasaskan sajian majlis formal atau tidak formal
(tidak rasmi)
2.
Keperluan
- Menu yang dirancang perlu memnuhi keperluan setiap
individu yang bergantung pada umur, jantina, aktiviti dan pekerjaan, saiz
tubuh badan serta kesihatan.
3.
Kegemaran
- Makanan kegemaran setiap individu perlu dipertimbangkan
supaya hidangan yang disediakan dapat memnuhi kepuasan semua.
4.
Perbelanjaan
- Menu yang dirancang perlu mengikut peruntukan
perbelanjaan yang ditetapkan.
5.
Sumber makanan semasa
- Penggunaan
mramuan pada musimnya merupakan pilihan bijak kerana ramuan tersebut bukan
sahaja segar, malahan harganya juga murah.
6.
Bilangan tetamu
- Untuk mengelakkan pembaziran, jumlah makanan yang
disediakan harus mengikut jumlah tetamu yang hadir.
7.
Kemudahan fizikal
- Alatan memasak yang lengkap memudahkan makanan
disediakan, dimasak dan dihidang.
8.
Kepelbagaian
- Menu yang dirancang perlu mempunyai kepelbagaian
dari segi jenis makanan, warna, bentuk atau saiz, rasa, tekstur dan kaedah
memasak.
9.
Sumber tenaga & masa
- Sumber tenaga
yang sedia ada dan masa yang diperuntukkan untuk menyediakan masakan perlu
selaras dengan pilihan masakan.
No comments:
Post a Comment