Assalamualaikum
dan selamat sejahtera...
Kita
semua pernah memasak kan... Tapi pernahkah kita membuat perancangan kerja..? Perancangan
kerja amat penting kerana dapat membantu melancarkan proses memasak didapur.. Nak
tahu lebih lanjut tentang perancanga kerja...? Jom baca...
Apa itu
perancanga kerja...??
Perancangan
kerja ialah satu aktiviti merancang tugas atau aktiviti penyediaan hidangan
dengan tujuan tugas-tugas menyediakan hidangan tersebut dapat dilaksanakan
dengan teratur dan sistematik.
Tujuan perancangan kerja
Membantu menyiapkan kerja menyediakan hidangan
mengikut masa.
Membantu membuat anggaran belanjawan lebih tepat.
Mengelakkan pembaziran.
Membantu membuat mise-en-place bahan dan
peralatan.
Perancangan Kerja terdiri daripada
aktiviti-aktiviti berikut:
- Menentukan menu
- Memilih resepi yang standard
- Senarai bahan dan alatan
- Senarai beli belah
- Jadual susunan
kerja
· Susunan kerja
adalah perancangan kerja memasak dan disusun mengikut keutamaan supaya tugas
memasak dapat dilaksanakan dengan sistematik.
· Asas Susunan Kerja
i. Persediaan sebelum memasak ( mise-en-place
)
ii. Cara menghidang hidangan
iii. Mengemas dan mencuci
- Pengiraan kos
Kos sajian = kos bahan + kos upah + kos overhed
Kos bahan = kos bahan kering + kos bahan basah
Kos upah = Bilangan pekerja x masa x kadar upah sejam.
Kos overhed = kos sampingan yang terlibat untuk menghasilkan masakan
tersebut
seperti elektrik, gas, air.
No comments:
Post a Comment